Jumaat, 7 Januari 2011

Mengapa masalah sosial makin teruk?

Isu masalah sosial dalam masyarakat hari ini berada di tahap yang begitu teruk. Ini satu realiti yang diakui oleh oleh semua pihak tidak kira kerajaan, orang awam, ibu bapa dan sebagainya, Maka telah dicanangkan ke seluruh negara kempen-kempen untuk mengatasi masalah ini. Persoalannya, seriuskah kita untuk menghapuskan masalah sosial ini? Lihatlah tindak tanduk kita sendiri.

Ambang Tahun Baru, dll. 

Setiap tahun, seluruh dunia menyambut tahun baru termasuk di negara kita Malaysia. Sudah menjadi kebiasaan diadakan program ambang tahun baru di mana masyarakat dari pelbagai kaum, agama, lelaki dan perempuan berkumpul untuk mengira detik tahun baru. Percampuran lelaki dan perempuan di waktu dinihari membuka ruang untuk gejala sosial seperti khalwat dan penzinaan. Ini dibuktikan bila surat-suratt khabar pada hari esok akan melaporkan tangkapan terhadap remaja-remaja yang berkhalwat, berkelakuan tidak senonoh dan minum arak oleh pihak jabatan agama. Perkara begini berulang setiap tahun, tetapi mengapakah kerajaan sebagai pemerintah masih membenarkan pesta-pesta seperti diadakan? Terdapat cara lain bagi menyambut tahun baru seandainya ia dianggap perlu. Menyalahkan kerajaan sahaja bukanlah satu tindakan yang bijak kerana unit paling asas di dalam sesuatu negara adalah keluarga. Agak menghairankan apabila ibu bapa tidak kisah anak-anak remaja mereka terutamanya remaja perempuan untuk keluar di waktu malam untuk menyambut sambutan begini. Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu dianggap "sporting" lalu membiarkan perkara begini berlaku. Anak-anak yang keluar malam ini pula ada yang berpakaian seksi yang mana boleh menyumbang kepada kejadian yang tidak diingini. Adakah kita hendak tunggu "nasi menjadi bubur" barulah kita hendak melaung dan melalak. Tidak terfikirkah "berapakah anak luar nikah yang bakal dibuang di tong-tong sampah akibat sambutan tahun baru 2011?"

Konsert Artis Songsang

Persembahan Adam Lambert "Si gay"!!!
Mahkamah di negara ini masih membicarakan bekas pemimpin nombor 2 negara atas tuduhan liwat.Pimpinan-pimpinan negara pada hari ini telah beberapa kali membuat kenyataan di media masa mengutuk sebarang aktiviti-aktiviti homoseksual di dalam masyarakat di negara ini. Walau bagaimanapun, amat menghairankan apabila kerajaan sendiri memberi lesen dan kebenaran untuk konsert seorang artis yang mengakui sebagai pengamal seks songsang diadakan di negara ini beberapa bulan lepas. Penganjuran konsert ini telah dibantah oleh wakil Pemuda Parti Islam Se-Malaysia tetapi tidak dihiraukan. Ini merupakan sesuatu yang memalukan bagi sebuah negara yang mengakui sebagai sebuah negara Islam walaupun artis tersebut memberi jaminan bahawa tiada aksi-aksi terlaraang akan dipersembahkan. Promosi-promosi untuk konsert tersebut turut dilakukan oleh pihak media massa seperti radio yang mana deejay-deejaynya ada yang berbangsa Melayu dan paling penting BERAGAMA ISLAM!!!Pihak-pihak ini menyogok tiket-tiket percuma kepada pendengar radio mereka. Ada peminat-peminat tak kira laki atau perempuan menghubungi pihak radio dan menyatakan berapa terujanya mereka dengan kehadiran artis tersebut di negara ini. 

Selain perkara-perkara di atas, terdapat banyak lagi perkara-perkara yang menjadi punca mengapa kempen untuk mengatasi masalah sosial di negara ini tidak berjaya. Serius atau tidak kita, tepuk dada tanya Iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan