Jumaat, 7 Januari 2011

Membentuk dari usia kanak-kanak...


Gengsterism di sekolah...

Islam telah mengajar kita bahawa setiap bayi yang lahir itu unpama kain putih. Maka yang akan mengcorakkannya adalah ibu bapa atau penjaga. Al-kisahnya, semasa aku pergi ke Hospital Pusrawi untuk pemeriksaan susulan kandungan isteri tercinta, adalah seorang budak laki duduk di hadapan kami bersama 2 orang perempuan. Mungkin salah seorang dari mereka ibu kepada budak tersebut. Aku agak-agak budak ini mungkin berumur 4 hingga 5 tahun.

Yang aku hendak cerita bukanlah samada comel atau tidaknya budak ini. Benda yang menarik perhatian aku dan isteri tercinta adalah cara berpakaian  budak laki tersebut. Baju dan seluar tiada masalah, tapi gelang dan rantai yang dipakai di leher dan tangan. "Dah macam gengster pula budak ini", itulah yang bermain di dalam fikiran.

Pastinya mana-mana ibu bapa tidak ingin anak mereka terlibat dengan aktiviti gengsterisma ataupun berlagak sebagai seorang gengster. Tapi, kalau dari kecil telah diajar dengan gaya sedemikian, apa yang boleh diharapkan. Kenalah sedar bahawa ketika kecil, anak-anak mudah belajar dan jika sesuatu perbuatan seolah-olah digalakkan oleh ibu bapa, jangan hairan jika dia membesar menjadi samseng. Itulah yang terjadi di sekolah bila ada murid-murid dan pelajar-pelajar yang memukul rakan sebaya. Dulu hanya melibatkan pelajar lelaki tetapi pelajar perempuan sekarang turut terlibat dengan aktiviti membuli rakan sebaya.

Sebenarnya, aku tidaklah membuat kesimpulan 100% bahawa kanak-kanak yang dipakaikan atau digayakan seumpamanya seorang samseng akan menjadi samseng. Ada juga kanak-kanak yang dibesarkan dengan jubah dan jilbab tidak berpakaian sedemikian ketika besar. Malah ada yang mengalami kejutan budaya berpakaian menjolok mata.

Cuma, bila aku melihat budak lelaki tersebut, aku terfikir, "Comelke anak yang dah rupa macam samseng?". Biarlah pakaian yang dipakai anak-anak membuatkan kita dan orang lain gembira melihatnya. Bak orang kata, "Sedap mata memandang".
Comelkan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan