Rabu, 26 Januari 2011

Dipermainkan:adakah kita buta?

Akhbar-akhbar hari ini melaporkan mengenai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak rayuan seorang majikan yang disabitkan kesalahan mendera  pembantu rumahnya.Selain tertarik dengan keputusan Mahkamah Tinggi, aku tertarik melihat gambar majikan tersebut. Bertudung dan memakai bau kurung (selain menutup bahagian muka), gayanya seolah dia seorang penganut agama Islam

Namun begitu, menurut laporan akhbar-akhbar hari ini, tuan punya diri mempunyai nama Hau Yuan Tyng. Jadi, timbul persoalan dalam kepala aku, "Adakah dia ini Islam atau sebaliknya?".

Aku membuat carian di internet untuk mencari imej-imej lain berkenaan wanita ini. Antara gambar lain yang aku jumpa adalah seperti di bawah ini.

Gambar ini adalah gambar ketika kes ini dibicarakan di Mahkamah Rendah di mana dia tidak memakai tudung dan baju kurung. Mengetahui agama wanita ini amat penting bagi aku.

Jika sekiranya wanita ini bukan Islam, maka berlegar-legar di pemikiran aku apakah motif dan tujuan dia memakai sedemikian rupa?

Adakah ini satu taktik untuk melindungi identiti dirinya yang pada masa yang sama memberi gambaran bahawa kes penderaan ini dilakukan oleh seorang penganut agama Islam. Tidak dinafikan bahawa dia mempunyai hak untuk berpakaian sedemikian.

Cuma, tatkala cara berpakaian sebegini adalah untuk tujuan yang salah, aku berasa hairan dengan kenyataan pemimpin-peminpin bukan Islam di dalam dan luar negara malahan penganut Islam sendiri yang mempersoalkan pemakaian bersopan wanita Islam atas tujuan dan niat yang lebih jelas.

Wanita Islam memakai pakaian yang ditetapkan oleh Islam bukanlah untuk menutup identiti diri sebaliknya ingin menonjolkan apakah itu Islam. Namun begitu, ianya tidak dapat diterima oleh golongan jahil ini. Di negara-negara barat telah digubal undang-undang mengharamkan pemakaian sebegini atas alasan kepentingan umum. Yang peliknya, larangan tersebut hanya dikenakan ke atas pemakaian orang Islam tetapi tidak penganut agama lain. Pemakaian menjolok mata yang menyebabkan berlakunya kes-kes rogol dan sebagainya tidak pula dianggap sebagai gangguan ketenteraman umum. 

Di dalam negara ini pula, pemimpin-pemimpin jahil ini menyatakan cara berpakaian dan bersosial mengikut lunas-lunas Islam ini adalah bertentangan dengan etika pergaulan sosial. Yang menyedihkan, kenyataan tersebut dibuat oleh seorang pemimpin yang video skandal seksnya tersebar suatu ketika dahulu. Malah, atas dasar politik, perkara-perkara begini dibiarkan pemimpin melayu Islam kita.

Mengapakah ini terjadi? Adakah pengaruh pemimpin jahil ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat?Atau, adakah pemimpin melayu Islam di negara ini terlalu penakut hilang kuasa politik? Hanya Allah dan mereka yang tahu. Yang jelas, pemimpin-pemimpin politik melayu Islam ini seolah-olah dipermainkan oleh rakan-rakan sekutu polituk mereka yang bukan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan