"Agama Islam menuntut kita mencari kebenaran. Kebenaran harus dicari secara beradab. Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara".
Begitulah penyataan yang aku petik dari blog seorang wakil rakyat yang mengupas mengenai demonstrasi berkaitan isu azan di Masjud al-Ikhlasiah. Aku sememangnya bersetuju dengan kata-kata tersebut dan mengakui tiada apa salahnya dengan kata-kata tersebut. Sebagai seorang Islam, aku sememangnya mengetahui betapa pentingnya akhlak dan adab di dalam Islam. Ini jelas terbukti kerana selain pengajaran tauhid, fekah dan ilmu agama yang lain, akhlah sentiasa dititik beratkan di dalam Islam. Anak-anak kecil telah diajar bagaimana akhlak perlu sentiasa diperhatikan.
Dan, aku sememangnya bersetuju tatkala kita mencari kebenaran, kita perlu mengawasi akhlak kita. Jangan diikutkan rasa marah dan geram kita sehingga kita melampaui batas. Sifat marah itu adalah salah satu sifat mazmumah (sifat yang dibenci).
Cuma, aku berharap ingatan ini hendaklah ditujukan kepada semua pihak, tidak kira samada rakan atau lawan. Aktiviti berdemonstrasi bagi menunjukkan rasa tidak puas hati sudah beberapa kali berlaku di negara ini.Ada yang berjalan secara aman dan ada yang sebaliknya sehingga menyebabkan masalah kepada pihak lain. Yang menyedihkan, tidak semua yang hadir berdemonstrasi memahami apa yang diperjuangkan. Malahan ada yang hadir hanya sekadar untuk suka-suka.
DAN, aku berharap mereka (yang beragama Islam) yang bersorak atas dasar politik ketika demonstrasi boleh melakukan perkara yang sama apabila maruah Islam dicabar.
DAN, aku berharap mereka (yang beragama Islam) yang bersorak atas dasar politik ketika demonstrasi boleh melakukan perkara yang sama apabila maruah Islam dicabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan