Semalam masa dalam perjalanan pulang dari Mahkamah ke pejabat, sempat le aku mendengar satu isu kepenggunaan berkaiatan isu minyak masak di Radio Bernama 24. Isu ini timbul berikutan kekalutan yang timbul akibat kekurangan bahan tersebut yang berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Wakil dari Persatuan Pengguna Islam (PPI) dihubungi untuk mendapat respon terhadap isu tersebut.
Wakil PPI di dalam ulasannya mengenai isu tersebut menyatakan bahawa ianya telah menjadi trend apabila musim perayaan, barangan berkurang. Akibat dari itu, harga barangan terus naik. Ini dapat dilihat ketika kenaikan harga gula. Apa yang lebih menarik, wakil PPI menimbulkan persoalan bagaimana minyak masak boleh tidak mengcukupi jika dilihat dengan ladang kelapa sawit di Malaysia. Malahan tidak timbul isu bahawa terdapat kekurangan buat sawit.
Ladang sawit yang luas...minyak masak tidak cukup?
Ketika DJ Radio menyatakan bahawa terdapat jaminan dari menteri bahawa minyak masak mengcukupi dan tidak akan ada kenaikan harga, dengan sinis wakil PPI menjawab,"Tahun lepas menteri cakap harga minyak petrol tidak akan naik, tapi tidak lama lepas tu harga tetap naik".
Dan harga minyak petrol RON97 naik lagi pada mulai tengah malam 5 Januari, 2011. Dan aku tidak hairan sekiranya harga RON95 turut naik sebagaimana berlaku sebelum ini.
Dan harga minyak petrol RON97 naik lagi pada mulai tengah malam 5 Januari, 2011. Dan aku tidak hairan sekiranya harga RON95 turut naik sebagaimana berlaku sebelum ini.
Jadi, jangan salahkan rakyat jika rakyat tidak ambil serius jaminan menteri lagi. Kita tunggu dan lihat apa pula berlaku selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan