Rasanya ramai yang tahu bahawa tedapat fatwa yang mengatakan "Rokok adalah haram!". Fatwa tinggal fatwa. Malahan, ramai pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama dan juga mengambil pengajian agama Islam yang merokok. Malahan ada pula yang pernah berkata,"Haram merokok adalah ke atas sesiapa yang baru hendak mencuba.Kalau yang sudah ketagih, tidak apa".Begitu pula??
Memangla, kalau sudah ketagih, susah hendak berhenti. Kalau berhenti, alamatnya hidup tidak keruan. Sebab itu, walaupun harga rokok makin naik, perokok tetap membelinya. Kalau tidak, di'pow'nya kawan pula. Ada pula yang marahkan kerajaan naikkan cukai rokok. Lucu betul.
Sebenarnya, aku bukanlah anti sangat golongan perokok. Malahan, kawan-kawan pun ramai yang merokok. Cuma, kalau nak merokok, pandanglah kiri kanan. Ini tidak, anak dipangku di atas riba, asap rokok berkepul-kepul di mulut. Kalau di kedai makan dan ada perempuan mengandung, tolonglah berhenti merokok.
Tiada siapa marah kalau anda hendak binasakan diri anda, tapi jangan libatkan orang lain.
![]() |
Anda sememangnya buta hati jika merokok sambil membaca blog ini!!! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan