![]() |
Niang yang Merapik? |
Kebelakangan ini kita sering dihidangkan dengan pelbagai drama dan filem berunsur seram dan tahyul dari dalam dan luar negara. Cerita-cerita begini memaparkan kewujudan hantu dan setan dan juga makhluk halus lain untuk meminta bantuan. Melihat situasi ini, terdapat pihak-pihak termasuk ulama yang melahirkan rasa tidak senang dan meminta cerita-cerita begini tidak disiarkan kerana mengandungi unsur tahyul dan syirik. Walau bagaimanapun, terdapat respon dari pihak pembikin filem dan drama yang mempertahankan cerita-cerita sebegini.
Semalam aku berkesempatan mendengar isu ini dibincangkan di Radia Bernama 24. Maka terdapat pelbagai pendapat yang mana menyokong dan menentang penyiaran cerita-cerita sebegini. Antara yang merasakan cerita-cerita sebegini boleh ditayangkan memberi pendapat bahawa cerita-cerita begini hanyalah "sekadar hiburan".
Persoalannya, adakah hiburan dan keseronokkan adalah matlamat utama hidup kita?
Di sini ingin aku utarakan beberapa alasan mengapa aku tidak bersetuju dengan penyiaran terlalu banyak cerita-cerita sebegini di televisyen kebelakangan ini:-
1. Penyelewengan konsep tauhid
![]() |
Ramai yang telah diperbodohkan oleh sinetron ini |
Dulu negara mengalami fenomena sinetron "Bawang Putih Bawang Merah" dari Indonesia. Tentunya semua orang perasan bahawa si gadis malang sentiasa menyebut "Allah" apabila memohon pertolongan. Pada masa yang sama,muncul si pari-pari kecil lalu dengan pari-pari kecil ini juga tempat dia meminta tolong. Apa yang anda hendak terangkan kepada anak kecil anda seandainya dia berkata kepada anda, "Ayah/Ibu, alangkah baiknya saya kalau ada pari-pari. Boleh saya minta kabulkan permintaan saya". Ini sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam di mana kita hanya perlu memohon bantuan dan perlindungan kepada Allah. Kita diajar dari kecil bahawa setiap sesuatu adalah kerana ALLAH dan benda lain tidak akan memberi bekas dan kesan selain dengan keizinan Allah.
2. Penggunaan ayat Quran yang bercampur jampi serapah
Tidak dinafikan bahawa ayat-ayat Quran boleh dijadikan sebagai pelindung dan doa dalam perubatan. Namun begitu, adalah sesuatu yang jika bacaan ayat-ayat Quran telah dicampur adukkan dengan jampi serapah. Jika apa yang diucapkan bertentangan dengan ajaran Islam, tidakkah ianya satu penyelewengan? Ini merupakan satu penghinaan kepada ayat-ayat suci al-Quran. Pernahkah pembikin-pembikin filem ini membuat perbincangan dengan pakar-pakar dalam bidang perubatan Islam seperti Dato Haron Din untuk mendapatkan penerangan mengenai hal ini?
3. Gambaran tidak benar terhadap peranan ustaz
Perasan atau tidak, kebanyakan cerita berbentuk seram sering menggambarkan peranan ustaz-ustaz sebagai penghalau hantu. Kalau bukan ustaz pun, cara pemakaian penghalau hantu sebagai orang agama boleh memberikan gambaran cetek dan sempit tentang peranan sebenar golongan tersebut. Ustaz dan golongan pendakwah ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang lebih besar. Jarang ditunjukkan peranan golongan tersebut di dalam pentadbiran sesuatu masyarakat, membentuk perpaduan dan sebagainya di samping peranan utama untuk menyampaikan dakwah. Yang lebih difokuskan hanya pada kemahiran mereka menghalau hantu. Jika benar sekalipun ianya bagi memenuhi elemen cerita tersebut, tetapi filem dan drama sepatutnya dijadikan satu medium untuk menyampaikan mesej tentang peranan golongan ulama dan ustaz serta pendakwah.
Banyak lagi perkara-perkara dan isu-isu yang perlu dilihat tentang isu ini. Mungkin ada yang berpendapat komen di sini mungkin berat sebelah dan bias kerana aku tidak menyentuh filem-filem barat. Ya, jika isu-isu tahyul dan terdapat elemen yang menyeleweng dari konsep akidah Islam, maka hendaklah diharamkan sama sekali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan