Hari ini aku terbaca mengenai pertentangan pendapat mereka yang bergelar ulama di negara ini. Kedua-dua pemimpin dan ulamak ini amat aku hormati kerana ilmu mereka dalam bidang agama. Aku memahami bahawa di dalam Islam, perbezaan pendapat adalah satu fitrah. Ulamak-ulamak besar seperti Imam Syafie dan Imam Malik turut mempunyai khilaf antara mereka, tetapi itu tidak menghalang mereka untuk menghormati dan mengiktiraf perbezaan antara mereka.
Cuma, yang membuat aku agak terkilan bila terbaca komen-komen mereka yang menyokong seorang ulamak ke atas ulamak yang lain. Ada yang taksub dengan satu ulamak atau pemimpin tertentu sanggup menghina ulamak yang satu lagi. Adakah kerana perbezaan pendapat maka kita dibenarkan untuk menghina dan mencerca pihak yang tak sealiran dengan pimpinan kita?
Bukankah ada adabnya dalam perbezaan pendapat?
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan melindungi kita dari menjadi antara mereka yang menghina ulamak sedangkan ilmu yang dimiliki tidak setara mana. Kita ini tidak terlalu jauh dan rendahnya ilmu dengan ulamak-ulamak besar dahulu kala yang boleh berijtihad tetapi tidak menghina ulamak lain atas ijtihad yang berbeza. Jadi, layakkah kita yang jahil ini menghina ulamak atas kejahilan kita? Tidak malukah kita?
Aku ni ilmu tak tinggi, jadi nak bagi pendapat pun tak le berani sangat. Tapi, suka aku berkongsi apa yang aku baca dalam majalah Solusi (Isu: 28) mengenai artikel tulisan Dr. Abd. Basit Abd. Rahman bertajuk "Menghormati Perbezaan Pendapat". Antara tulisan beliau adalah seperti berikut:
"Jangan sekali-kali berlaku cercaan antara dua golongan yang berbeza pendapat itu kerana kita tidak pasti adakah kita yang benar-benar beriman, yang sangat luas ilmu dan mempunyai akal yang lebih pintar dari orang yang kita cerca itu."
Penulis kemudiannya memetik kata-kata Syeikh Yahya Bin Sa'id rhm yang mana seperti berikut:
"Sentiasalah orang yang meminta fatwa itu bertanya kepada alim ulama kerana dalam setiap masalah. Muslim itu pasti ada perselisihan pendapat. Ada yang mengatakan halal, ada yang mengatakannya haram. Maka janganlah orang yang berkata halal itu mengatakan golongan yang berpendapat haram itu adalah satu golongan yang binasa, begitulah juga sebaliknya".
Penulis juga mengambil sikap Imam Ahmad yang berfikiran terbuka dan menghormati seorang ulamak lain iaitu Syeikh Ishak Bin Rawahih, walaupun antara mereka berdua mempunyai perselisihan pendapat dalam beberapa perkara. Perlu sentiasa diingat, setiap pendapat ulamak bukanlah satu wahyu yang mutlak yang mana tiada cela padanya. Pendapat ulamak adalah satu ijtihad yang dikeluarkan berdasarkan ilmu dan dalil yang mereka miliki. Andai ijtihad tersebut adalah benar, maka dua pahala bagi mereka. Jika sebaliknya, mereka tetap dikurniakan satu pahala.
Oleh yang sedemikian, sebagai orang awam maka hendaklah kita ini mengikut ijtihad seseorang ulamak tetapi janganlah pula kita ini "Terlebih Kuah Dari Sudu", di mana kita mengkritik malah menghina ulamak yang kita tak persetujui pendapatnya. Apa yang menyedihkan, sebahagian kita orang awam ni, bila mengkritik bukanlah atas dasar ilmu (ye la, ilmu tak tinggi), tetapi semata-mata atas dasar ideologi yang dipegang.

Semoga Allah memberi aku diberi petunjuk dan kesemua umat Islam keseluruhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan