Bulan Mac yang lalu telah dilaporkan mengenai sebuah kedai kopi yang menjual kopi yang mempunyai gelatin babi klik di sini .Kedai kopi atau dalam bahasa moden hari ini dikatakan telah beroperasi sejak 70 tahun lalu di negeri Johor dikatanya dikunjungi oleh 80% pelanggan beragama Islam. Perkara ini telah disahkan oleh Jabatan Agama Johor yang telah membuat serbuan ke atas kedai kopi tersebut di mana sampel kopi yang diambil disahkan positif gelatin babi.
Namun begitu, sehingga hari ini tidak pernah didedahkan secara rasmi apakah kedai kopi tersebut atau produk yang dikeluarkan? Pelikkan? Kalau sudah jelas tentang perkara ini mengapa tidak didedahkan?
Hal ini pernah ditanyakan oleh seorang pemanggil sebuah radio di dalam satu slot berkaitan kepenggunaan kepada orang kuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Wakil persatuan tersebut telah memaklumkan bahawa mereka juga tidak mempunyai maklumat yang pasti tentang kedai tersebut. Walau bagaimanapun, wakil persatuan tersebut ada memberitahu bahawa mereka akan cuba mendapatkan maklumat tersebut tetapi sehingga kini aku masih belum melihat perkara ini didedahkan.
Pada pendapat aku, pendedahan ini perlu untuk kebaikan umat Islam dan kepada industri kopitiam ini sendiri. Walaupun di dalam laporan akhbar dinyatakan serba sedikit tentang kopitiam tersebut tetapi ianya tidak memadai. Bagi seorang muslim yang baik dan berhati-hati, dia akan meninggalkan terus dari meminum kopi yang disediakan oleh pengusaha beragama Islam, tapi jika seorang yang tidak kisah, dia akan minum dengan alasan tiada pengesahan.Kebaikan pendedahan kopitiam terlibat dapat melindungi perniagaan kopitiam lain yang akan menerima kesan tidak langsung dari perkara ini.

Sebenarnya, kita tidak sepatutnya hanya meletakkan tanggungjawab ke atas kerajaan atau pihak jabatan agama dalam hal berkaitan halal dan haram. Ini kerana mencari yang halal itu adalah sesuatu yang wajib ke atas kita sebagai seorang muslim. Tapi, seolah-olah trend hari ini atau penghayatan terlalu mendalam konsep 1Malaysia (walaupun senario ini sudah berlaku sebelum pengenalan konsep tersebut), aku lihat ramai orang Islam yang tanpa ragu-ragu makan di kedai-kedai makanan cina. Kalau tidak percaya, lihatlah di Restoran Sin Seng Nam di Leboh Pasar, Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang akan berhujah bahawa ayam yang disembelih tetapi terfikirkah kita bahawa alatan memasak yang digunakan mungkin alatan yang sama memasak daging babi. Lagi pula restoran tersebut turut menghidangkan arak. Sedarlah bahawa makanan yang kita makan akan menjadi darah daging yang mana akan memberi kesan kepada ibadah, akhlak dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan