Rabu, 9 Februari 2011

Meniru tradisi agama lain?

Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah al-Kafirun:-

Katakanlah (Wahai Muhammad):"Hai orang-orang kafir!
Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah
Dan kamu tidak menyembah (Allah) apa yang aku sembah
Dan aku tidak beribadat secara kamu beribadat
Dan kamu tidak mahu beribadat secara aku beribadat
Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"

Firman Allah S.W.T adalah jelas bahawa setiap perbuatan kita seharian termasuk ibadat adalah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Islam adalah Ad-Din iaitu cara hidup. Maka, apa yang dimaksudkan sebagai "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku" menunjukkan bahawa kita dilarang untuk mengikuti cara hidup penganut agama lain. Dan, setiap perbuatan dan amalan seharian yang diniatkan kerana Allah adalah dianggap sebagai ibadat. Ini termasuk urusan perkahwinan.

Aku termenung apabila melihat satu gambar perkahwinan yang melibatkan satu pasangan muslim tetapi seolah-olah majlis perkahwinan pasangan bukan Islam. Aku sedia maklum bahawa si isteri baru sahaja memeluk agama Islam apabila hendak mengahwini pengantin lelaki yang merupakan ahli perniagaan melibatkan industri otomotif negara. Lihatlah gambar ini:-
Majlis Resepsi Perkahwinan SM Nasa dan Marion Caunter (nama Islam: Marion Rose Caunter Abdullah di Maldives
Terlintas di fikiran aku:-
  • Ketika merancang majlis ini apakah niat mereka?
  • Adakah berniat meniru budaya agama lain?
  • Jika si suami merasakan perlu untuk meraikan perkahwinan mereka mengikut budaya agama lain, bagaimana dia hendak mengajar isterinya tentang Islam?
  • Adakah memeluk Islam sekadar atas dasar perkahwinan?
Aku selalu mengingatkan diri bahawa aku tidak berhak menyatakan apa yang ada di dalam hati seseorang. Aku percaya Allah Maha Mengetahui. Aku mengharapkan telahan negatif aku tidak benar. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita.

1 ulasan:

  1. orang islam zaman mutakhir ni, diorang akan cuba meniru-niru adat orang kafir sedikit demi sedikit, sehingga kalau orang kafir ni masuk ke dalam lubang biawak pun, orang islam ni akan ikut jugak.

    mula-mula mereka akan ikut perkara-perkara yang tidak merosakkan akidah (ini tak apa), tapi sedikit demi sedikit mereka akan meraikan akidah orang kafir..

    waktu itulah kita nyanyikan "di sinilah bermulanya" (lagu nasyid, zam aku rasa ko tak tau lagu ni, haha)

    BalasPadam