![]() |
The Sun, m.s 7 |
Hari ini aku terbaca satu laporan di akhbar The Sun bahawa Jabatan Agama Islam Selangor memberi amaran kepada semua pasangan Islam supaya tidak menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari ini. Menurut laporan tersebut, mana-mana pasangan yang didapati menyambutnya akan diberikan kaunseling. Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGOs) di Pulau Pinang turut menjalankan kempen kesedaran kepada umat Islam tentang larangan menyambut sambutan tersebut.
Turut mengambil serius mengenai hal ini ialah Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi. Beliau telah dilaporkan membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengarahkan diadakan pemeriksaan ke atas sebarang aktiviti tidak bermoral yang berlaku pada 14 Februari ini. Yang mengejutkan, kenyataan beliau telah mendapat respon yang negatif daripada pemimpin-pemipin Pakatan Rakyat di mana Yang Berhormat Lit Kit Siang telah menempelak melalui laman sosial Twitter beliau menyatakan "Moral Policy Valentine Day or other day not PR policy". Speaker DUN Selangor juga melalui Twitter-nya menyatakan "Nasrudin Hassan Tantawi, keep your big mouth shut!". Kebiadapan mereka ini sama seperti kebiadapan Chua Soi Lek dan Ng Yen Yen mengenai cara pergaulan seorang muslimah.
![]() |
Teruskan perjuanganmu akhi!!! |
Jelas sekali puak-puak DAP ini tidak akan pernah setuju dengan sebarang peraturan-peraturan Islam. Apa yang tidak kenanya dengan polisi tersebut? Jika kita masih belum nyanyuk, pemeriksaan anti maksiat telah dijalankan bertahun-tahun di negara kita ketika sambutan-sambutan besar seperti Tahun Baru dan Hari Kebangsaan. Jadi apa masalah dengan polisi yang dinyatakan oleh Ustaz Nasrudin? Jika benarlah kata-kata Lim Kit Siang bahawa polisi tersebut bukan polisi Pakatan Rakyat, aku membuat rumusan bahawa "memastikan akhlak dan moral rakyat terjaga" bukan sesuatu agenda di dalam pentadbiran Pakatan Rakyat sekiranya menakluki Putrajaya, walaupun aku percaya PAS akan memperjuangkannya sebagaimana perjuangan PAS menubuhkan negara Islam.
Yang mengecewakan, tiada pemimpin Islam samada dari PAS, UMNO apatah lagi PKR yang mempertahankan Ustaz Nasrudin. Ini termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad yang dipetik oleh News Straits Times sebagaimenyatakan bahawa kenyataan tersebut "HANYA PANDANGAN PERIBADI" Ustaz Nasrudin. Sungguh mengecewakan apabila seorang yang berjuang di dalam sebuah parti Islam tidak memberi sokongan kepada saudara seperjuangannya sendiri di dalam parti yang sama di dalam isu berkaitan agama Islam. Jika benar Khalid Samad berkata begitu, soalan yang perlu ditanya kepada beliau, "APAKAH PANDANGAN BELIAU TENTANG SAMBUTAN HARI VALENTINE?"
![]() |
Bolehkah mereka ini diharapkan membela Islam? |
Kekecewaan aku bukan sahaja kepada YB Khalid Samad dan pemimpin pemuda Pakatan Rakyat yang lain, malah kepada PEMUDA UMNO yang hanya berkokok tidak kena tempat atau di dalam isu-isu yang memberikan kepentingan kepada mereka. Menyalak hanya pada isu-isu terpilih. Sungguh memalukan!!! Tapi, bila difikirkan semula, mungkin mereka sendiri (bukan semua) tidak suka dengan saranan Ustaz Nasrudin tersebut. Mana tidak, beberapa isu yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang dicadangkan oleh pemimpin-peminpin UMNO tidak ditentang. Lihatlah isu Judi Bolasepak dan Rancangan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan.
Aku sesungguhnya berasa muak dengan ahli-ahli politik Melayu dan beragama Islam di negara ini yang kebanyakkan lebih rela menghentam saudara se-Islam tetapi takut membela saudara mereka dalam hal yang melibatkan agama Islam itu sendiri. Turut dikesali, pemuda-pemuda Islam ini atas dasar berlainan ideologi politik sanggup menghentam sesama sendiri hingga gagal untuk besatu dalam isu berkaitan agama. Alangkah baiknya jika YB Khairy Jamaluddin memberikan sokongan padu kepada Ustaz Nasrudin. Jika ini berlaku, rasa-rasanya berani lagi kah pemimpin DAP, MCA dan Gerakan bercakap tanpa memakai otak yang melibatkan sensitiviti orang Islam?
Kembali kepada isu sambutan Hari Kekasih, ianya berakar umbi dari tradisi agama Kristian. Jika kita beriman dengan Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Kafirun di mana menyuruh Rasulullah mengatakan kepada orang kafir. "Untuk kamu agama kamu, dan untukku agamaku!", mana mungkin kita hendak menyambut hari tersebut. Di dalam Islam, kasih sayang antara suami isteri perlu disemai setiap hari, bukannya hari tertentu. Begitu juga dengan sambutan hari-hari lain. Wajib menyayangi ibu dan ayah sepanjang hidup kita, dan bukannya pada hari tertentu. Aku tidak menyatakan bahawa menyambut Hari Ibu atau Hari Bapa itu salah kerana bagi aku sambutan tersebut tidak mempunyai unsur-unsur bertentangan nilai Islam. Ianya sama sekali dengan sambutan Hari Kekasih di mana sering berlakunya perkara-perkara yang ditegah agama.
Aku berdoa dan mengharapkan segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang cuba menghalang sambutan tersebut akan berjaya. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan