Berita kematian Osama Bin Laden disambut meriah rakyat Amerika Syarikat. Setelah hampir 10 tahun sejak kejadian 11 September, 2001, akhirnya Osama berjaya dibunuh oleh unit komander Amerika Syarikat di sebuah daerah di Pakistan yang merupakan kawasan tentera Pakistan. Presiden Barack Obama dengan bangganya mengumumkan berita tersebut kepada rakyat Amerika Syarikat khususnya dan dunia umumnya.
klik di sini. Obama tanpa ragu-ragu telah mengaitkan Osama Bin Laden dengan tragedi 11 September walaupun sehingga hari ini masih belum ada bukti jelas penglibatan Osama dengan peristiwa tersebut. Membaca kenyataan Obama, aku terfikir, "Sudah dasar kafir laknatullah, fakta depan mata pun ingin berbohong lagi". Ini berikutan kenyataan Obama bahawa Amerika Syarikat tidak pernah memusuhi Islam dan mereka tidak memilih peperangan yang berlaku kerana serangan telah dilakukan ke atas tanah air mereka. POOODAHHHH!!!
Teori Propaganda
 |
Terbuktikah penglibatan orang Islam dalam
tragedi 11 September, 2011? |
Pada pagi tersebarnya berita kematian Osama, Radio Ikim melalui slot warna telah membincangkan tentang berita tersebut bersama-sama pendengar-pendengar radio tersebut. Dalam perbincangan tersebut, ada pemanggil-pemanggil yang menyatakan suatu teori propaganda yang mengaitkan hubungan Amerika Syarikat dengan Osama Bin Laden. Menurut teori propaganda tersebut, karakter Osama Bin Laden tersebut adalah ciptaan Amerika Syarikat sendiri. Ianya dicipta bertujuan untuk memberikan gambaran negatif terhadap Islam yang dilabel sebagai agama pengganas. Inilah yang berlaku selepas tragedi 11 September, 2011.
Apabila Islam dikaitkan dengan keganasan, maka negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan lain-lain telah dijadikan sasaran dalam kempen memerangi keganasan. Di sebalik kempen tersebut, terdapat niat jahat untuk menguasai kekayaan negara Islam di samping sebagai menutup kejahatan rakan sekutu utama Amerika Syarikat iaitu Rejim Yahudi Zionis yang lebih ganas mencabuli dan menindas orang Islam di Palestin. Jika niat sebenar Amerika Syarikat dan sekutunya ingin memerangi keganasan, maka ramailah pemimpin-pemimpin Zionis yang sudah dibawa ke muka pengadilan dan dihukum bunuh sebagaimana yang berlaku ke atas Allahyarham Saddam Hussin, bekas Presiden Iraq. Malah, Amerika Syarikat itu adalah lebih biadap dan sebenarnya adalah pengganas yang telah membunuh orang awam di Afghanistan tetapi tindakan mereka telah dihalalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas alasan "kesilapan teknikal" yang diberikan Amerika Syarikat.
Berbalik kepada teori propaganda, dikatakan bahawa isu kematian Osama digembar-gemburkan adalah bertujuan untuk melihat maklum balas umat Islam sebelum langkah-langkah seterusnya diambil untuk menghapuskan umat Islam. Malah, ianya juga dilihat sebagai satu amaran kepada umat Islam bahawa inilah akibatnya jika menentang Amerika Syarikat dan Zionis.
Benar atau tidak propaganda tersebut, aku tidak pasti. Tapi, logiknya ada kan?
Presiden Amerika Syarikat: Hitam atau Putih, Sama Saja
Masih lagi aku teringat ketika Barack Obama diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat berkulit hitam yang pertama. Begitu teruja manusia di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia sehingga ada yang sengaja balik awal ke rumah bagi menyaksikan upacara angkat sumpah Barack Obama sebagai presiden. Ketika itu, Barack Obama akan mengubah polisi Rumah Putih terhadap dunia Islam.
Ketika itu aku hanya menggeleng kepala kerana aku sememangnya tidak percaya dengan perubahan yang diharapkan. Aku masih ingat ketika Bill Clinton menggantikan George Bush Senior, ramai orang Islam termasuk di Iraq bersorak. Tetapi, apa yang berlaku selepas itu jelas tidak berubah ketika di bawah pimpinan Bush. Walaupun terdapat ucapan-ucapan Obama yang menunjukkan beliau berusaha ke arah kedamaian antara dunia Islam dan barat tetapi pada yang sama beliau tidak berbuat apa-apa terhadap rakan sekutunya, Zionis yang menindas umat Islam di Palestin.
Dan kini, segalanya terang lagi bersuluh apakah polisi Barack Obama sebenarnya. Malahan kematian Osama akan memberikan kesan positif untuk beliau mempertahankan kedudukan di Rumah Putih menjelang pilihanraya Amerika Syarikat yang akan tiba mungkin tahun depan.
Yang pasti siapapun pemimpin utama Amerika Syarikat, dia pasti tidak akan membela umat Islam kerana di belakang kempen pilihanraya terdapat yahudi yang menjadi pelobi. Sudah pasti si yahudi tidak mengeluarkan wang menyokong seorang bakal presiden yang akan menyelamatkan umat Islam. Logik!
Tidak dapat kamu ketika hidup, maka mati mu tetap akan dihina!!!
Jelas sekali Amerika Syarikat begitu benci dengan Osama Bin Laden kerana hampir 10 tahun mereka dimalukan. Sudah pasti sesuatu yang memalukan apabila tentera Amerika Syarikat yang mempunyai kelengkapan dan peralatan canggih gagal untuk mengesan tempat persembunyian Osama apalagi menangkap atau membunuh beliau. Sebelum ini mereka juga telah dimalukan oleh Allahyarham Saddam Hussin dengan cara yang serupa apabila gagal mengkap beliau yang bersembunyi di bawah tanah. Penangkapan beliau hanya berlaku setelah diberitahu oleh orang terdekat dengan bekas pemimpin tersebut.
Maka setelah berjaya membunuh pemimpin al-Qaeda tersebut, mayatnya tidak disemadikan dengan cara yang betul mengikut tuntutan agama Islam iaitu disemadikan di dalam tanah dan menghadap kiblat. Sebaliknya mayatnya telah disemadikan di dalam laut dengan alasan bahawa tiada negara yang ingin menerima jenazah beliau untuk disemadikan di sana. Inilah jelas suatu alasan yang tidak dapat diterima sama sekali!!!
Aku melihat tindakan Amerika Syarikat ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menghina jenazah Allahyarham dan pada masa yang sama menghina Islam.
Aku juga begitu kecewa dengan dakwaan (jika benar) bahawa kerajaan Arab Saudi dan Pakistan telah menolak untuk menerima jenazah Allahyarham dikebumikan di sana. Ini jelaslah suatu kejahilan agama kerana Islam telah mengajar umatnya untuk menghormati jenazah atau mayat orang yang telah meninggal dunia tanpa kira mengira agama dan cara hidupnya. Apatah lagi dalam kes ini melibatkan jenazah seorang muslim!!!
Dunia aman selepas kematian Osama?
Pelbagai reaksi diberikan oleh pemimpin-pemimpin dunia mengenai keadaan yang mungkin berlaku pasca kematian Osama. Seolah-olah mengakui kenyataan Obama bahawa kematian Osama dialu-dialukan oleh mereka yang percaya kepada keamanan, terdapat pemimpin-pemimpin negara meyakini bahawa kematian Osama akan memberikan satu dunia yang aman
klik di sini. Meminjam kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, kenyataan tersebut adalah tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika Syarikat klik di sini.
Bagaimana keamanan ingin tercapai jika punca sebenar kepada keganasan tidak dihapuskan? Adakah mereka yang membuat kenyataan bahawa dunia akan aman setelah kematian Osama lupa atau buat-buat lupa punca kepada penentangan ke atas Amerika Syarikat dan sekutunya adalah akibat penindasan yang mereka lakukan ke atas umat Islam. Dan penindasan tersebut berlaku lama sebelum wujudnya al-Qaeda dan Osama. Dan bagaimana keamanan akan wujud jika rejim zionis dengan sokongan Amerika Syarikat tanpa segan silu menceroboh tanah umat Islam Palestin dan membunuh mereka?
Dan sebagai seorang yang beriman dengan firman Allah, seorang muslim pasti tahu bahawa selamanya tidak akan redha Yahudi dan Nasrani ke atas kita, umat Islam selagi mana kita tidak mengikut cara dan telunjuk mereka:
 |
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu |
Ayuh bersatu saudaraku!!!
Hakikat yang sebenarnya telah lama diakui oleh kebanyakkan umat Islam ialah gagalnya umat Islam bersatu dalam menghadapi ancaman Amerika Syarikat dan rejim Zionis. Lihatlah bagaimana rejim Zionis mampu mengambil tanah umat Islam sedikit demi sedikit sedangkan mereka dikelilingi oleh negara-negara Islam. Malahan perpecahan di antara rakyat Palestin sendiri dipergunakan Zionis untuk memperkotak-katikan mereka. Perpecahan ini berlaku kerana kita memilih untuk melihat satu perbezaan antara kita dan mengenepikan seribu persamaan yang dimiliki.
Dan jelas sekali bila bersatunya umat Islam, maka puak Yahudi ini akan marah sebagaimana berlaku apabila Fatah dan Hamas sanggup melupakan pendirian masing-masing demi Islam dan bersatu
klik di sini. Malahan pemimpin Yahudi, Benjamin Netanyahu telah memberi kata dua samada pemimpin Fatah memilih pendamaian dengan Hamas atau dengan rejim Zionis. Sudah pasti sebagai umat Islam yang menghayati dan beriman dengan kitab al-Quran, pasti menyedari tipu helah golongan Yahudi sejak dari zaman Rasul-rasul dan nabi-nabi terdahulu. Pastinya mereka tidak akan berdiam diri dan akan bersama Amerika Syarikat akan mengganggu perpaduan umat Islam. Jika umat Islam seluruh dunia bersatu, pastinya rancangan tersebut akan gagal.
Kembali kepada Osama Bin Laden, semoga Allah mencucuri rohnya...Al-Fatihah.