Khamis, 30 Disember 2010

Budi Bahasa Budaya Kita


Ketika aku hendak membuat bayaran bil P1 Wimax, adalah hamba Allah ini sedang membayar bil. Apa yang membuat aku tidak senang adalah cara dia bercakap dengan pekerja di kaunter bayaran tersebut. Terlalu kurang ajar. Cakap sesuka hati sahaja. Bila saja, dia berlalu terus mengomel pekerja tersebut. Kesian aku. Dulu cikgu aku pernah kata,"bila kita tidak berbudi bahasa, secara tidak langsung ianya menggambarkan perangai ibu bapa kita". Maksudnya, kebiadaban kita adalah kerna ibu bapa tidak ajar.

PATUTKAH IBU BAPA YANG DIPERSALAHKAN???kadang-kadang mereka sudah beri tunjur ajar tetapi anak itu sendiri yang memang bersikap sedemikian. Tapi bila difikirkan semula, kesimpulannya adalah seperti ini:-KALAU TAK MAHU IBU BAPA KITA DIPANDANG HINA AKIBAT SIKAP KITA, MAKA HENDAKLAH KITA MENJAGA SIKAP KITA...

Akhirnya, aku rasa lagu siti nurhaliza ni patut dinyanyikan kepada hamba Allah tersebut:-

Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
c/o
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan